Nabi Ayub as menggambarkan sosok
manusia yang paling sabar, bahkan bisa dikatakan bahawa beliau berada di puncak
kesabaran. Sering orang menisbatkan kesabaran kepada Nabi Ayub. Misalnya,
dikatakan: seperti sabarnya Nabi Ayub. Jadi, Nabi Ayub menjadi simbol kesabaran
dan cermin kesabaran atau teladan kesabaran pada setiap bahasa, pada setiap
agama, dan pada setiap budaya. Allah s.w.t telah memujinya dalam kitab-Nya yang
berbunyi:
"Sesungguhnya Kami dapati
dia (Ayub) seorang yang sabar. Dialah sebaik-baik hamba. Sesungguhnya dia amat
taat (kepada Tuhannya)." (QS. Shad: 44)
Yang di maksud al-Aubah ialah
kembali kepada Allah s.w.t. Nabi Ayub adalah seseorang yang selalu kembali
kepada Allah s.w.t dengan zikir, syukur, dan sabar. Kesabarannya menyebabkan
beliau memperoleh keselamatan dan rahsia pujian Allah s.w.t padanya.
Al-Quran al-Karim tidak
menyebutkan bentuk dari penyakitnya, dan banyak cerita-cerita dongeng yang
mengemukakan tentang penyakitnya. Dikatakan bahawa beliau terkena penyakit
kulit yang dahsyat sehingga manusia-manusia enggan untuk mendekatinya. Dalam
cuplikan kitab Taurat disebutkan berkenaan dengan Nabi Ayub: "Maka
keluarlah syaitan dari haribaan Tuhan dan kemudian Ayub terkena suatu luka yang
sangat mengerikan dari ujung kakinya sampai kepalanya." Tentu kita menolak
semua ini sebagai suatu hakikat yang nyata. Kami pun tidak mentolerir jika itu
dianggap sebagai perbuatan seni semata. Perhatikanlah ungkapan dalam Taurat:
"Kemudian syaitan keluar dari haribaan Tuhan kita," sebagai
orang-orang Muslim, kita mengetahui bahawa syaitan telah keluar dari haribaan
Tuhan sejak Allah s.w.t menciptakan Adam as. Maka, kapan syaitan kembali ke
riba Tuhan? Kita berada di hadapan ungkapan seni, tetapi kita tidak berada di
hadapan suatu hakikat.
Lalu, bagaimana hakikat sakitnya
Nabi Ayub dan bagaimana kisahnya? Yang popular tentang cubaan Nabi Ayub dan
kesabarannya adalah riwayat berikut: para malaikat di bumi berbicara sesama
mereka tentang manusia dan sejauh mana ibadah mereka. Salah seorang di antara
mereka berkata: "Tidak ada di muka bumi ini seorang yang lebih baik
daripada Nabi Ayub. Beliau adalah orang mukmin yang paling sukses, orang mukmin
yang paling agung keimanannya, yang paling banyak beribadah kepada Allah s.w.t
dan bersyukur atas nikmat-nikmat-Nya dan selalu berdakwah di jalan-Nya."
syaitan mendengarkan apa yang dikatakan lalu ia merasa terganggu dengan hal itu.
Kemudian ia pergi menuju ke Nabi Ayub dalam rangka berusaha menggodanya tetapi
Nabi Ayub adalah seorang Nabi di mana hatinya dipenuhi dengan ketulusan dan
cinta kepada Allah s.w.t sehingga syaitan tidak mungkin mendapatkan jalan untuk
mengganggunya.
Ketika syaitan berputus asa dari
mengganggu Nabi Ayub , ia berkata kepada Allah s.w.t: "Ya
Rabbi, hamba-Mu Ayub sedang menyembah-Mu dan menyucikan-Mu namun, ia
menyembah-Mu bukan kerana cinta, tapi ia menyembah-Mu kerana
kepentingan-kepentingan tertentu. Ia menyembah-Mu sebagai balasan kepada-Mu
kerana Engkau telah memberinya harta dan anak dan Engkau telah memberinya
kekayaan dan kemuliaan. Sebenarnya ia ingin menjaga hartanya, kekayaannya, dan
anak-anaknya. Seakan-akan berbagai nikmat yang Engkau kurniakan padanya adalah
rahsia dalam ibadahnya. Ia takut kalau-kalau apa yang dimilikinya akan binasa
dan hancur. Oleh kerana itu, ibadahnya dipenuhi dengan hasrat dan rasa takut.
Jadi, di dalamnya bercampur antara rasa takut dan tamak, dan bukan ibadah yang
murni kerana cinta."
Riwayat tersebut mengatakan
bahawa Allah s.w.t berkata kepada iblis: "Sesungguhnya Ayub adalah hamba
yang mukmin dan sejati imannya. Ayub menjadi teladan dalam keimanan dan
kesabaran. Aku membolehkanmu untuk mengujinya dalam hartanya. Lakukan apa saja
yang engkau inginkan, kemudian lihatlah hasil dari apa yang engkau
lakukan."
Akhirnya, syaitan pergi dan
mendatangi tanah Nabi Ayub dan berbagai tanaman dan kenikmatan yang
dimilikinya. Kemudian syaitan itu menghancurkan semuanya. Keadaan Nabi Ayub pun
berubah dari puncak kekayaan ke puncak kefakiran. Kemudian syaitan menunggu apa
tindakan Nabi Ayub. Nabi Ayub berkata: "Oh musibah dari Allah s.w.t. Aku
harus mengembalikan kepada-Nya amanat yang ada di sisi kami di mana Dia saat
ini mengambilnya. Allah s.w.t telah memberi kami nikmat selama beberapa masa.
Maka segala puji bagi Allah s.w.t atas segala nikmat yang diberikannya, dan Dia
mengambil dari kami pada hari ini nikmat-nikmat itu. Bagi-Nya pujian sebagai
Pemberi dan Pengambil. Aku dalam keadaan redha dengan keputusan Allah s.w.t.
Dia-lah yang mendatangkan manfaat dan mudarat. Dia-lah yang redha dan Dialah
yang murka. Dia adalah Penguasa. Dia memberikan kerajaan kepada siapa yang di
kehendaki-Nya, dan mencabut kerajaan dari siapa yang dikehendaki-Nya; Dia memuliakan
siapa yang dikehendaki-Nya dan menghinakan siapa yang dikehendaki- Nya."
Kemudian Nabi Ayub sujud dan Iblis tampak tercengang melihat pemandangan
tersebut.
Lalu syaitan kembali kepada Allah
s.w.t dan berkata: "Ya Allah, jika Ayub tidak menerima nikmat kecuali
dengan mengatakan pujian, dan tidak mendapatkan musibah kecuali mendapatkan
kesabaran maka hal itu sebagai bentuk usahanya kerana ia mendapatkan anak. Ia
mengharapkan dengan melalui mereka kekayaannya meningkat dan melalui mereka ia
dapat menjalani kehidupan yang lebih mudah." Riwayat mengatakan bahawa
Allah s.w.t membolehkan bagi syaitan untuk berbuat apa saja kepada anak-anak
Ayub. Kemudian syaitan menggoncangkan rumah yang di situ anak-anaknya tinggal
sehingga mereka semua terbunuh. Dalam keadaan demikian, Nabi Ayub berdialog
kepada Tuhannya dan menyeru: "Allah memberi dan Allah mengambil. Maka
bagi-Nya pujian saat Dia memberi dan mengambil, saat Dia murka dan redha, saat
Dia mendatangkan manfaat dan mudarat. Kemudian Ayub pun sujud dan iblis
lagi-lagi tampak tercengang dan merasa malu."
Iblis kembali menemui Allah s.w.t
dan mengatakan bahawa Ayub dapat bersabar kerana badannya sehat. Seandainya
Engkau memberi kekuasaan kepadaku, ya Rabbi, untuk mengganggu badannya nescaya
dia akan berhenti dari kesabarannya. Riwayat mengatakan bahawa Allah s.w.t
menginzinkan syaitan untuk mengganggu tubuh Ayub. Dikatakan bahawa syaitan
memukul tubuh Nabi Ayub dari kepalanya sampai kakinya sehingga Nabi Ayub sakit
kulit di mana tubuhnya membusuk dan mengeluarkan nanah, bahkan keluarganya dan
sahabat-sahabatnya meninggalkannya kecuali isterinya. Namun lagi-lagi Nabi Ayub
tetap bersabar dan bersyukur kepada Allah s.w.t. Beliau memuji-Nya pada hari-
hari kesehatannya dan ia tetap memuji Allah s.w.t saat mendapatkan ujian sakit.
Dalam dua keadaan itu, Nabi Ayub tetap bersabar dan bersyukur kepada Allah
s.w.t.
Melihat pemandangan itu, amarah
syaitan semakin meningkat namun ia tidak mengetahui apa yang harus
dilakukannya. Di sini syaitan mengumpulkan para penasihatnya dari pakar-pakar
dan ia menceritakan tentang kisah Ayub dan meminta mereka mengeluarkan
pendapat—setelah ia menyampaikan rasa putus asanya saat menggodanya atau
mencuba menghilangkan sifat sabarnya dan syukurnya.
Salah seorang syaitan berkata:
"Sungguh engkau telah mengeluarkan Adam bapak manusia dari syurga, lalu
dari mana engkau mendatanginya? Oh, yang engkau maksud adalah Hawa?"
Terbukalah di hadapan Iblis suatu ide yang baru. Lalu ia pergi ke isteri Ayub
dan memenuhi hatinya dengan rasa putus asa sehingga ia pergi ke Ayub dan
berkata padanya: "Sampai kapan Allah s.w.t menyiksamu? Di mana harta,
keluarga, teman dan kaum kerabat? Di mana masa jayamu dan kemuliaanmu
dahulu?"
Mendengar perkataan isterinya
itu, Nabi Ayub menjawab: "Sungguh engkau telah dikuasai oleh syaitan.
Mengapa engkau menangisi kemuliaan yang telah berlalu dan anak yang telah
mati?" Perempuan itu berkata: "Mengapa engkau tidak berdoa kepada
Allah agar Dia menghilangkan cubaan darimu dan menyembuhkanmu serta
menghilangkan kesedihannmu?" Nabi Ayub berkata: "Berapa lama kita
merasakan kebahagiaan?" Isterinya menjawab: "Delapan tahun."
Ayub berkata: "Berapa lama kita mendapat penderitaan?" Isterinya
menjawab: "Tujuh tahun." Ayub berkata: "Aku malu jika aku
meminta agar Allah s.w.t melepaskan penderitaanku ketika aku melihat masa
kebahagiaanku. Sungguh imanmu tampak melemah dan keputusan Allah s.w.t membuat
hatimu menjadi sempit. Seandainya aku sembuh dan kembali kepada kekuatanku,
nescaya aku akan memukulmu dengan seratus kali pukulan dari tongkat. Sejak hari
ini, aku tidak memakan dari makananmu dan dari minumanmu atau memerintahkanmu
untuk melakukan suatu urusan. Maka pergilah kau dariku."
Akhirnya, isteri Nabi Ayub pergi
sehingga Nabi Ayub tinggal sendirian dalam keadaan sabar menanggung
penderitaannya. Penderitaan yang seandainya ditimpakan kepada gunung nescaya
gunung tidak akan mampu menahannya. Kemudian Nabi Ayub berdoa kepada Allah
s.w.t dalam keadaan penuh kasih sayang dan meminta belas kasih kepada-Nya.
Beliau berdoa agar Allah s.w.t menyembuhkannya. Dan akhirnya, doanya dikabulkan
oleh Allah s.w.t. Demikianlah riwayat yang popular berkenaan dengan penderitaan
Nabi Ayub dan kesabarannya.
Menurut hemat kami riwayat ini
palsu kerana ia sesuai dengan teks Taurat yang menjelaskan sakitnya Nabi Ayub.
Begitu juga kami tidak menerima jika dikatakan bahawa penyakitnya sangat buruk
sekali yang menyebabkan masyarakat lari darinya sebagaimana dikatakan oleh
dongeng-dongeng kuno. Bagi kami, riwayat semacam itu bertentangan dengan
kedudukan kenabian. Yang perlu kita perhatikan dan perlu kita pastikan adalah
apa-apa yang telah disampaikan oleh Al-Quran berkenaan dengan cerita Nabi Ayub.
Al-Quran adalah kitab satu-satunya yang pasti benar yang tiada kebatilan di
depan dan di belakangnya.
Allah s.w.t berfirman:
"Dan (ingatlah kisah) Ayub
ketika ia menyeru Tuhannya: ('Ya Tuhanku), sesungguhnya aku telah ditimpa
penyakit dan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Penyayang di antara semua
penyayang.' Maka Kami pun memperkenankan seruannya itu, lalu Kami lenyapkan
penyakit yang ada padanya dan Kami kembalian keluarganya kepadanya, dan Kami
lipat gandakan bilangan mereka, sebagai suatu rahmat dari sisi Kami dan untuk
menjadi peringatan bagi semua yang menyembah Allah." (QS. al-Anbiya':
83-84)
Kita telah memahami bahawa Nabi
Ayub adalah hamba yang soleh dari hamba-hamba Allah s.w.t. Allah s.w.t
menginginkan untuk mengujinya dalam hartanya, keluarganya, dan badannya.
Hartanya hilang sehingga ia menjadi orang fakir setelah sebelumnya ia termasuk
orang yang paling kaya. Kemudian ia ditinggalkan oleh isterinya dan keluarganya
sehingga ia merasakan erti kesunyian dan kesendirian lalu ia ditimpa penyakit
dalam tubuhnya dan ia merasa menderita kerananya, tetapi beliau tetap sabar
menghadapi semua itu dan tetap bersyukur kepada Allah s.w.t.
Sakit yang dideritanya cukup lama
sehingga beliau menghabiskan waktu- waktu dan hari-harinya dalam keadaan
sendirian bersama penyakitnya, rasa sedihnya, dan kesendiriannya. Demikianlah
Nabi Ayub merasakan segi tiga penderitaan. Segi tiga penderitaan dalam
hidupnya, yaitu sakit, kesedihan, dan kesendirian. Di saat beliau mendapat
cubaan seperti itu, pada suatu hari datang pada beliau salah satu pemikiran
syaitan. Fikiran itu berputar-putar di relung hatinya; fikiran itu mengatakan
padanya, wahai Ayub penyakit ini dan penderitaan yang engkau rasakan oleh
kerana godaan dariku. Seandainya engkau berhenti sabar dalam satu hari saja
nescaya penyakitmu akan hilang darimu. Kemudian manusia-manusia berbisik-bisik
dan berkata: Seandainya Allah s.w.t mencintainya nescaya ia tidak akan
merasakan penderitaan yang begitu hebat. Demikianlah pemikiran yang jahat itu.
syaitan tidak mampu untuk mengganggu seseorang kecuali dengan izin Allah s.w.t
sebagaimana Allah s.w.t tidak menjadikan cinta-Nya kepada manusia identik
dengan kesihatan mereka. Sesungguhnya Allah s.w.t menguji mereka sebagaimana
yang dikehendaki-Nya.
Fikiran syaitan itu berputar di
sekitar hati Nabi Ayub seperti berputarnya lalat di musim panas di sekitar
kepala manusia, namun beliau mampu menghilangkan fikiran ini dan sambil
tersenyum kepada dirinya beliau berkata: "Keluarlah hai syaitan! Sungguh
aku tidak akan berhenti bersabar, bersyukur, dan beribadah." Akhirnya,
fikiran jahat itu dengan rasa putus asa keluar dari akal Nabi Ayub. Nabi Ayub
duduk dalam keadaan marah kerana syaitan berani untuk mengganggunya. Beliau
membayangkan bahawa boleh jadi syaitan berani menggodanya dengan memanfaatkan
kesendiriannya, penderitaannya, dan penyakitnya.
Isteri Nabi Ayub datang dalam
keadaan terlambat dan mendapati Nabi Ayub dalam keadaan marah. Isterinya itu
menutupi kepalanya dengan suatu kain tertutup. Isteri Nabi Ayub menghadirkan
atau menghidangkan makanan yang baik untuknya. Nabi Ayub bertanya padanya:
"Dari mana engkau mendapati wang?" Nabi Ayub telah bersumpah akan
memukulnya seratus kali pukulan dengan tongkat ketika beliau sembuh, tetapi
kesabarannya sungguh sangat luas seperti sungai yang besar. Dan di waktu sore,
setelah mengetahui kehalalan makanan yang dihidangkan, beliau pun memakannya. Kemudian
Nabi Ayub keluar menuju ke gunung dan berdoa kepada Tuhannya.
Allah s.w.t berfirman:
"Dan ingatlah akan hamba
Kami Ayub ketika ia menyeru Tuhannya: 'Sesungguhnya aku diganggu syaitan dengan
kepayahan dan seksaan' (Allah berfirman): 'Hentamkanlah kakimu; inilah air yang
sejuk untuk mandi dan untuk minum. Dan Kami anugerahi dia (dengan mengumpulkan
kembali) keluarganya dan (Kami tambahkan) kepada mereka sebanyak mereka pula
sebagai rahmat dari Kami dan pelajaran bagi orang-orang yang mempunyai fikiran.
Dan ambillah dengan tanganmu seikat (rumput), maka pukullah dengan itu dan
janganlah kamu melanggar sumpah. Sesungguhnya Kami mendapati dia (Ayuh) seorang
yang sabar. Dialah sebaik-baik hamba. Sesungguhnya dia sangat taat (kepada
Tuhannya)." (QS. Shad: 41-44)
Bagaimana kita memahami perkataan
Nabi Ayub, "Sesungguhnya aku diganggu syaitan dengan kepayahan dan
seksaan."? Nabi Ayub ingin mengadukan kepada Tuhannya perihal keberanian
syaitan padanya di mana syaitan membayangkan bahawa ia dapat mengganggunya.
Nabi Ayub tidak percaya bahawa sakit yang dideritanya adalah datang kerana
pengaruh syaitan.
Demikianlah pemahaman yang sesuai
dengan kemaksuman para nabi dan kesempurnaan mereka. Allah s.w.t memerintahkan
beliau untuk mandi di salah satu mata air di gunung. Allah s.w.t
memerintahkannya agar beliau minum dari mata air ini. Kemudian Nabi Ayub melaksanakan
perintah ini dan mandi serta minum. Belum lama beliau minum pada tegukan yang
terakhir sehingga beliau merasakan sehat dan sembuh sepenuhnya dari
penyakitnya. Kemudian suhu panas dalam tubuhnya pun kembali normal seperti
biasanya. Allah s.w.t memberikan kepada Ayub dan keluarganya dan orang-orang
yang seperti mereka suatu rahmat dari sisi-Nya sehingga Nabi Ayub tidak kembali
sendirian. Allah s.w.t memberinya berlipat-lipat kekayaan dan kemuliaan dari
sisi-Nya sehingga Ayub tidak menjadi fakir.
Nabi Ayub kembali mendapatkan
kesehatannya setelah lama merasakan penderitaan dan sakit; Nabi Ayub bersyukur
kepada Allah s.w.t. Beliau telah bersumpah untuk memukul Isterinya sebanyak
seratus pukulan dengan tongkat ketika beliau sembuh. Sekarang beliau sembuh
maka Allah s.w.t mengetahui bahawa beliau tidak bermaksud untuk memukul
Isterinya. Namun agar beliau tidak sampai melanggar janjinya dan sumpahnya,
Allah s.w.t memerintahkannya agar segera mengumpulkan seikat ranting dari bunga
Raihan yang berjumlah seratus dan hendaklah beliau memukulkan itu kepada
isterinya dengan sekali pukulan. Dengan demikian, beliau telah memenuhi
sumpahnya dan tidak berbohong. Allah s.w.t membalas kesabaran Ayub dan
memujinya dalam Al-Quran sebagaimana firman-Nya:
Tidak ada komentar:
Posting Komentar